Perpaduan elemen penting dalam pembangunan

Iklan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika hadir bagi menyempurnakan perasmian Festival Tarian Singa dan Unikon di Kompleks Sukan Likas hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perpaduan rakyat yang dijalin berasaskan kepelbagaian kaum di negeri ini menjadi elemen penting kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebab itu kerajaan negeri mengutamakan persefahaman dan saling hormat menghormati antara rakyat di negeri ini untuk memperkukuhkan semangat perpaduan yang dijalin.

Iklan
Iklan

"Dalam melaksanakan pembangunan di negeri ini penting memastikan perpaduan kalangan rakyat bagi mewujudkan keselamatan, kesejahteraan hidup dan ekonomi yang kukuh," katanya pada Majlis Pesta Tarian Naga, Unicorn dan Singa anjuran Gabungan Persatuan Komuniti Cina Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Beliau menyifatkan sambutan perayaan kaum di negeri ini yang disambut oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan kukuhnya ikatan dan persefahaman kalangan rakyat.

Iklan

Justeru, katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan menggalakkan sambutan perayaan kaum di negeri ini termasuk Tahun Baru Cina yang akan disambut pada bulan depan.

Katanya, perayaan ini sambut bersama tanpa mengira kaum dan agama malah tidak dibataskan oleh perbezaan politik.

Iklan

Ini kerana, katanya, rakyat sentiasa menolak perkara yang boleh memecah-belahkan semangat perpaduan yang telah dijalin sejak sekian lama. - Bernama