PIZZA Hut Malaysia menceriakan sambutan Aidilfitri pada tahun ini dengan menghasilkan video salam terpanjang berjudul Salam Rayaku.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, video bertujuan menguatkan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia selain menyampaikan makna salam yang sebenar.
"Hari raya adalah waktu untuk bermaaf-maafan sesama keluarga dan mereka yang tersayang.
"Namun, Syawal pada kali ini berbeza kerana tradisi bersalaman di pagi raya terbatas,” katanya.
Menurutnya, Salam Rayaku dirakam berasingan dan disunting bagi membentuk sebuah video salam terpanjang.
Katanya, orang ramai boleh ikut sama menyertai penghasilan video berkenaan melalui Instagram dan Facebook.
"Rakyat Malaysia boleh memuat naik video aksi bersalam di akaun Instagram atau Facebook dengan hashtag #salamrayaku.
"Pizza Hut Malaysia akan mengumpulkan kesemua video untuk menghasilkan kompilasi video salam terpanjang tersebut,” katanya.
Salam Rayaku turut menampilkan Fattah Amin, Shaheizy Sam dan personaliti media sosial.
Bagi memeriahkan lagi Aidilfitri, Pizza Hut melalui Promosi Sampaikan Salam Syawal menawarkan hidangan besar iaitu Big Box, Big Box Plus, Double Box, On the Go 4, dan My Box bermula dari RM16.90.
Diskaun sebanyak 50 peratus diberikan untuk piza saiz biasa melalui promosi berkenaan.
Promosi berkenaan sah di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada.