Ringgit naik berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini

Iklan

RINGGIT mengukuh berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan pemulihan semalaman harga minyak tetapi pelabur berhati-hati dengan kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata penganalisis.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.3470/3550 berbanding dolar AS daripada 4.3540/3600 semasa ditutup pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, pemulihan harga minyak semalaman positif untuk ringgit, tetapi peningkatan terjejas oleh kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan.

Seperti pasaran lebih luas, katanya ringgit tidak terlepas daripada situasi antara membuka semula kegembiraan dan ketegangan AS-China yang meningkat.

Iklan

"Selepas menghadapi gelombang pasaran saham dan membuka semula kegembiraan, pasaran mata wang, terutamanya kumpulan risiko China, membawa kepada risiko peningkatan perang perdagangan ke Asia. Peniaga Asia mencari perlindungan sementara di bawah pengaruh perang perdagangan dolar AS,” kata Innes dalam nota hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Iklan

Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0669/0727 daripada 3.0664/0719 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 4.0441/0519 daripada 4.0412/0479 semalam.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.8152/8245 daripada 4.7933/7012 dan turun berbanding pound kepada 5.3564/3667 daripada 5.3363/3454.- Bernama