KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu kini sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan orang ramai makan di restoran atau kedai makan di negeri tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan membenarkan makan di kedai makan dan restoran secara 'dine in' di Terengganu.
"SOP dan persediaan sedang dirangka dan kita maklumkan dalam tempoh terdekat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun beliau menegaskan, terdapat beberapa perkara perlu dititikberatkan dan dipatuhi sekiranya rakyat di negeri tersebut mahu ia dilaksanakan.
"Kebenaran diberi bukan untuk duduk bersembang berjam-jam dengan hanya secawan teh tarik.
"Paling penting adalah persediaan minda dalam kalangan peniaga dan pengunjung serta memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terjaga," katanya.