LHDN buka kaunter rayuan BPN mulai esok

Iklan

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan membuka kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) selama dua hari bermula esok (30 dan 31 Mei 2020) di semua cawangannya di seluruh negara.

Menurut kenyataan LHDNM, pembukaan kaunter rayuan itu bagaimanapun terkecuali di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh-tarikh tersebut.

Iklan
Iklan

"Kaunter rayuan tersebut akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun 2020.

"Langkah ini adalah bertujuan memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM terdekat atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan rayuan permohonan BPN boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (luar negara) atau HASiL Live Chat dan di media sosial rasmi LHNDM iaitu www.facebook.com/LHDNM serta https://twitter.com/LHDNMofficial.

Iklan