Gadis miliki lebih 100 tatu

Iklan
Amber dipenuhi lebih 100 tatu.

SYDNEY - Seorang gadis menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membuat tatu supaya kelihatan cantik dan berbeza daripada orang lain.

Lapor Daily Star, Amber Luke, 24, memiliki lebih 100 tatu pada badan dan memuat naik gambar terbaharunya di Instagramnya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Iklan
Iklan

Katanya, dia menghabiskan lebih daripada £20,000 (RM107,146) untuk membuat tatu tersebut.

Dia mengubah penampilan dirinya sejak lima tahun lalu dan merasakan dirinya lebih cantik.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kini, model Australia itu kini buntu membuat tatu baharu ekoran tiada ruang di dalam badannya.