KAFA kemuka beberapa cadangan buat Cassio

Iklan
Ahmad Muzakkir

Melanjutkan tempoh dan pengurangan jumlah bayaran antara beberapa cadangan dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada Cassio Francisco De Jesus dalam usaha menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji RM629,620.28 bekas pemain import The Red Warriors (TRW) berkenaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid, pada masa sama dengan beberapa lagi cadangan lain rundingan kedua-dua pihak KAFA dan pihak Cassio sedang giat berlangsung.

Iklan
Iklan

Kata Ahmad Muzakkir, keterbukaan pemain pertahanan berusia 30 tahun dari Brazil itu secara tidak langsung memberi petanda positif dalam usaha kedua-dua pihak dalam mencari penyelesaian secara muafakat.

"Alhamdulillah pintu rundingan kembali terbuka dalam mencari jalan penyelesaian terbaik isu tuntutan tunggakan gaji pihak Cassio terhadap KAFA.

Iklan

"Peguam Cassio, Zhafri Aminurashid mahu rundingan terbabit bersyarat apabila perlu menjalani proses mediasi di CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan) bagi memastikan hak pemain itu terjaga selain tidak timbul masalah pada masa depan.

"CAS akan beri perintah persetujuan dan sekiranya persetujuan bersama berjaya dicapai oleh kedua-dua pihak menerusi mediasi maka rayuan KAFA sebelum ini akan dibatalkan.

Iklan

"Insya-ALLAH di pihak KAFA, kita akan manfaatkan tempoh masa yang ada ini untuk bersama-sama berunding mencari jalan penyelesaian terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Mohon doakan kita capai kata sepakat nanti," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengenai sesi pertemuan antara KAFA dengan kerajaan Kelantan bagi merayu bantuan meringankan beban ditanggung badan induk bola sepak negeri itu Ahmad Muzakkir berkata, pihak Kafa akan berjumpa dengan pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat.

"Pada masa sama, kami di KAFA sekali lagi merayu kepada rakyat dan penyokong setia bola sepak Kelantan untuk terus menyalurkan sumbangan masing-masing bagi meringankan beban kewangan persatuan pada ketika ini," kata Ahmad Muzakkir.

Kepada mereka yang ingin menderma ke Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank - 5530 1063 0676.