Tun M dakwa pemecatan beliau, 4 pemimpin Bersatu tidak sah

Iklan
Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir pada sidang media yang diadakan di Menara Yayasan Selangor.- Foto: ROSLI TALIB

PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya memecat beliau dan empat lagi pemimpin lain daripada parti itu adalah tidak sah.

Malah, Mahathir mendakwa beliau masih lagi menjawat tugas sebagai Pengerusi Bersatu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau hairan dengan tindakan Suhaimi yang bertindak di luar Perlembagaan parti dan mempunyai lebih banyak kuasa berbanding pengerusi parti.

"Insiden ini agak pelik. Perkara ini kerana setiausaha kerja tidak ada dalam Perlembagaan parti, dia tidak ada kuasa apa-apa pun. Dia hanya menerima arahan daripada saya. Jika tidak, dia tidak ada kerja apa-apa.

Iklan

"Tapi semalam saya dapat surat dari setiausaha kerja yang dia pecat saya. Terkejut juga saya. Saya dibuang oleh setiausaha kerja, bukan saya sahaja tetapi ada empat orang lain," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.

Tun Dr Mahathir bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) dan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) pada sidang media yang diadakan di Menara Yayasan Selangor. Foto: ROSLI TALIB

Beliau berkata, tindakan yang dibuat itu seolah-olah menunjukkan Setiausaha Kerja Bersatu mempunyai kuasa memecat mana-mana ahli parti itu tanpa sebarang penjelasan.

Iklan

"Barulah saya sedar bahawa setiausaha kerja adalah orang yang berkuasa, dia boleh pecat sesiapa sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

Semalam, dalam surat yang ditandatangani Muhammad Suhaimi, keahlian lima Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk Dr Mahathir dihentikan serta-merta setelah dikatakan mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Turut dipecat Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka turut membantah pemecatan berkenaan dan mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang parti selain hak mereka untuk membela diri dinafikan.