Adam, cinta baharu Azza Elite

Iklan

PENYANYI dan pelakon, Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkongsi berita gembira tentang kehadiran insan baharu dalam hidupnya.

Menurut Azza kepada Sinar Harian, kehidupannya kini rasa lengkap dengan kehadiran cahaya mata, Adam, sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Malah dia juga bersyukur apabila doanya dan suami, Azlan Zulaily, 32, untuk dikurniakan anak lelaki dimakbulkan ALLAH SWT.

"Adam dilahirkan pada 22 Oktober 2018. Sejak Adam ada, kehidupan kami rasa lengkap.

Iklan

"Azza dan Azlan ada berdoa ketika berada di Makkah agar dikurniakan bayi lelaki. Jadi bila dapat anak anugerah ini, rasa seronok," katanya.

Biarpun jadual hidup mereka berubah, namun wanita berusia 41 tahun ini tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana merasakan hari-hari mereka lebih bermakna.

Iklan

"Kehidupan kami memang totally change. Balik kerja mesti cari Adam dulu.

"Alhamdulillah senang jaga Adam sebab tak banyak kerenah. Tapi masa tidur kami dah berubah.

"Mula-mula macam tak biasa tapi Alhamdulillah sekarang bertambah happy. Dulu sunyi je tapi sekarang tak lagi," katanya.

Ditanya harapannya pada anak anugerah tersebut, Azza berkata, dia berharap Adam akan menjadi insan berguna pada agama dan bangsa.

"Azza nak Adam ada pegangan agama. Mesti belajar al-Quran. Tanpa al-Quran hidup kita akan hancur. Semoga ALLAH SWT melindungi anak-anak Azza," ujarnya.