Cik Puan Sofie 'kecek' Kelate di Instagram cuit hati

Iklan
Perkongsian mencuit hati Cik Puan Sofie bercakap dialek Kelantan di Instagramnya yang mengujakan pengikut laman sosialnya.

KOTA BHARU - Kemunculan Cik Puan Sofie Louise Johansson permaisuri hati Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra sentiasa dinanti bukan sahaja ketika program tetapi melalui ‘postingnya’ di media sosial.

Selain raut wajahnya yang cantik, kemesraan bersama rakyat sentiasa menambat hati.

Iklan
Iklan

Terbaru, Cik Puan Sofie berkongsi di Instagramnya kebolehan menggunakan dialek Kelantan yang mencuit hati dan menerima kata-kata semangat daripada pengikut media sosialnya.

Entri pada Hari Raya Pertama itu, menunjukkan Cik Puan Sofie sudah boleh menyebut dan memahami beberapa perkataan negeri Kelantan.

Iklan
Pengikut memberikan kata-kata semangat dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Cik Puan Sofie serta ahli keluarga Diraja.

Antaranya, sama-sama (samo-samo), cakap (kechek), lapan (lape), berjalan (jale), abang (abe), garam (gare) dan saya (sayo).

Melalui entri tersebut juga menunjukkan Cik Puan Sofie seronok dan mahu belajar lebih banyak dialek Kelantan.

Iklan

Berdasarkan perkongsian tersebut, pengikut di Instagram begitu teruja dengan kebolehan Cik Puan Sofie dan ada di antara mereka memberikan kata-kata semangat selain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Bukan setakat memuji kebolehan Cik Puan Sofie, bahkan ada yang berkongsi perkataan Bahasa Inggeris turut digunakan dalam dialek Kelantan.

Wahabazim yang menulis di ruangan komen,"Kelantanese also use English in daily conversation. Go ahead in Kelantan we saya go hek, Corner we say konar, book is bok, try we saya acu cubo try."