Lelaki curi 126 selipar untuk puaskan nafsu

Iklan
Lelaki yang ditahan kerana curi selipar.

BANGKOK - Seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand diberkas kerana didakwa mencuri selipar terpakai bukan untuk dijual sebaliknya bagi memuaskan nafsunya.

Mejar Kolonel Ekkaphop Prasitwattanachai berkata kepada media tempatan, lelaki berusia 24 tahun itu juga melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan kerana keluar mencuri pada waktu malam.

Iklan
Iklan

Ketika polis menggeledah rumah lelaki itu, mereka menjumpai sejumlah besar sandal dan kasut pelbagai warna dan jenis yang telah dikumpulkan selama lebih dua tahun.

"Hasil siasatan lelaki itu mencuri 126 selipar dan memiliki rekod jenayah yang sama pada tahun lalu.

Iklan

"Suspek disyaki mengalami gangguan seksual sehingga dia lebih berminat untuk melakukan hubungan kelamin dengan selipar, bukan dengan manusia," katanya.

Jelasnya, polis juga memiliki rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa terbarunya.

Iklan