Baju Kedah klasik tidak pernah putus pelanggan
Iklan
Peniaga Kompleks Pekan Rabu Asni Nyak Bakar menunjukkan sebahagian koleksi baju Kedah yang dijual di Kompleks Pekan Rabu di sini. - Foto Bernama
ALOR SETAR- Rekaan minimalis dan santai menggunakan kain kapas, merupakan antara ciri utama baju Kedah klasik yang sentiasa mendapat permintaan pelanggan, tidak kira semasa musim perayaan atau pada hari-hari biasa.
Tidak seperti persalinan moden yang sarat dengan rekaan yang gah dan eksklusif, baju Kedah klasik biasanya dipakai secara harian dan ia sangat digemari terutamanya oleh golongan berumur yang selalunya menggayakan busana itu tidak kira siang atau malam.
Iklan
Iklan
Peniaga Pekan Rabu di sini, Asni Nyak Bakar, 45, berkata, lot perniagaannya sering dikunjungi pelanggan yang ingin mendapatkan baju Kedah yang dijual pada harga serendah RM10 sehelai.
"Baju Kedah klasik ini selalu ada saja orang cari sebab biasanya orang pakai hari-hari di rumah, pasangkan dengan kain batik dan kadang-kadang ada juga orang-orang muda yang pakai dengan seluar.
Iklan
"Rekaannya ringkas, potongan longgar dan lengan baju Kedah hanya setakat lepas siku sikit sahaja, jadi ia buatkan kita rasa selesa pakai masa buat kerja rumah macam memasak, mengemas dan tambah pula di Kedah ini panas," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Asni berkata, rekaan baju Kedah klasik yang dijual di pasaran tidak banyak berubah dari zaman nenek moyang dahulu, dan jika ada pun sekadar sedikit transformasi yang langsung tidak menjejaskan potongan asalnya.
Iklan
"Asalnya dulu, zaman datuk nenek kita, baju Kedah klasik ada poket di depan dan potongan pada bahagian leher hanya dikelim kecil. Tapi sekarang kebanyakan baju Kedah yang dijual di pasaran tak ada poket dan bahagian leher dijahit 'biku' sikit (sulaman benang ringkas)," katanya.
Sementara itu, peniaga baju Kedah, Shariza Mohamad, 30, berkata, biasanya orang ramai memang akan datang ke Pekan Rabu untuk membeli baju Kedah yang asli kerana ia sentiasa ada dijual di kompleks yang menjadi ikon negeri jelapang padi itu.
"Kita memang sentiasa pastikan stok baju Kedah selalu ada di kedai. Dulu kita dapat bekalan daripada orang-orang kampung, mereka jahit sendiri, tapi sekarang ini sebab dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak, kebanyakan pembekal jahit di kilang," katanya.
Menurut Shariza, baju Kedah klasik boleh diperoleh dalam pelbagai saiz bermula S hingga XL dengan kadar harga berbeza mengikut saiz dan kualiti kain.-Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam