Monyet larikan sampel darah pesakit Covid-19

Iklan
Kebanyakan monyet di India kini semakin berani keluar ke kawasan bandar untuk mencari makanan. - FOTO: AGENSI

LUCKNOW - Sekumpulan monyet di India melarikan sampel darah pesakit yang didiagnos positif koronavirus (Covid-19) selepas ia menyerang seorang pegawai perubatan, menurut pihak berkuasa hari ini.

Kejadian itu berlaku pada awal minggu lalu apabila juruteknik makmal sedang berjalan di kampus kolej perubatan di Meerut yang terletak 460 kilometer di utara Lucknow, Uttar Pradesh.

Iklan
Iklan

"Monyet itu merampas sampel darah empat pesakit Covid-19 yang sedang dirawat. Kami terpaksa mengambil semula sampel darah mereka," kata Dr SK Garg.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka tidak pasti sama ada sampel darah itu tertumpah, namun orang ramai yang tinggal berhampiran kampus itu bimbang akan penularan virus tersebut jika monyet tersebut menyebarkannya di kawasan penempatan penduduk.

Iklan

Menurut Garg, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada haiwan terbabit boleh dijangkiti virus itu daripada darah tercemar tersebut.

"Tiada bukti menunjukkan monyet boleh mendapat jangkitan," ujarnya.

Iklan

Setakat ini, India telah merekodkan 165,799 kes dan 4,706 kematian.

Difahamkan, kumpulan monyet semakin banyak berkeliaran di kawasan penempatan dan mencetuskan kekacauan serta menyerang penduduk berikutan aktiviti manusia yang dilakukan secara berleluasa ke atas habitat semula jadi haiwan tersebut. - Agensi