Bawa jenazah ibu atas basikal sejauh 5 km

Iklan
Saroj memutuskan untuk mengebumikan jenazah ibunya di hutan.

NEW DELHI - INDIA. Seorang remaja di India sanggup membawa jenazah ibunya yang terbujur kaku dengan menaiki basikal.

Saroj, 17, dari negeri Odisha turut menjadi tular kerana berjalan tanpa memakai kasut sejauh 5 kilometer untuk ke lokasi pengebumian.

Iklan
Iklan

Ibu remaja itu, Janaki Sinhania, 45, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika sedang mengambil air.

Saroj cuba meminta bantuan jiran mereka di perkampungan Karpabahal untuk upacara pembakaran, namun tiada siap sudi menghulurkan bantuan hanya kerana kedua-dua beranak itu berasal dari kasta rendah.

Iklan

Berikutan tiada pilihan lain, remaja lelaki itu memutuskan untuk membawa jenazah ibunya dan mengebumikannya sendiri di hutan.

'Perjalanan terakhir' ibunya itu turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang bertanyakan apa di belakang basikalnya.

Iklan

'Ini adalah ibu saya," jawabnya dengan perlahan. - India Today