Tiada jaminan Tun M dapat kembali jadi PM

Iklan
Muhammad Khalil Abdul Hadi

SHAH ALAM - Usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjamin beliau kembali menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) diangkat semula sebagai kerajaan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berpandangan, situasi dalam PH itu sendiri tidak sekata dan tidak sependapat antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun 'gegaran' Dr Mahathir mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menubuhkan kerajaan baharu kedengaran hebat dalam PH, namun ia menimbulkan persoalan.

"Persoalannya adakah 'move' Dr Mahathir dipersetujui DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekiranya hendak bentuk kerajaan baharu, siapakah bakal menjadi Perdana Menteri?

Iklan

"Sekiranya Dr Mahathir juga menjadi Perdana Menteri, adakah DAP dan PKR bersetuju? Ini (antara) persoalan-persoalannya," katanya ketika ditanya mengenai sama ada kemelut dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menjejaskan PN.

Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat berkata, apa yang penting, kerajaan dipimpin PN sekarang berada pada hala tuju yang betul.

Iklan

Katanya, keadaan tersebut berbeza berbanding dengan kerajaan PH sebelum ini apabila DAP dan PKR kerap mempertikaikan kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Kita melihat dari aspek mood sokongan rakyat dan seumpamanya, ia berbeza daripada kerajaan PH sebelum ini yang mempunyai pelbagai masalah dalaman dalam kalangan pemimpin mereka.

"Contohnya, sekarang ini, kita (masih) belum dengar lagi mana-mana parti dalam Perikatan Nasional yang mempertikaikan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

Bersatu Simpang Renggam tolak pemecatan Tun M

Tun M, 4 pemimpin Bersatu tidak diberi ruang bela diri

Tun M hantar notis tolak pemecatan kepada RoS

Krisis Tun M, Muhyiddin: Ke mana arah Bersatu?