Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Iklan
Rumah Putih diletakkan di bawah sekatan pergerakan. Foto: Xinhua

WASHINGTON - Rumah Putih diletakkan di bawah sekatan pergerakan apabila kumpulan penunjuk perasaan mula tiba di ibu kota Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, hari keempat demonstrasi berikutan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.

Video dalam talian menunjukkan ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Lafayette Park di luar Rumah Putih, sambil melaungkan,"Tiada keadilan, Tiada kedamaian", lapor agensi berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Pintu menuju ke bilik taklimat Rumah Putih juga dikunci dan tidak seorang pun dibenarkan keluar dari bangunan itu, lapor media tempatan.

Floyd, 46, meninggal dunia Isnin petang sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa walaupun berulang kali berkata"Tolong, saya tidak boleh bernafas."

Iklan

Chauvin kemudian ditahan pada awal Jumaat dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey semalam turut mengisytiharkan perintah berkurung bermula 8 malam hingga 6 pagi waktu tempatan, berkuat kuasa Jumaat sehingga 8 malam Sabtu.

Iklan

Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus di Minneapolis bandar raya terbesar di negeri Minnesota, AS, menyaksikan banyak kerosakan berlaku. - Bernama