Mematuhi prosedur operasi standard

Iklan
Notis pemberitahuan syarat-syarat yang perlu dipatuhi pelanggan diletakkan di pintu masuk sebuah kedai menjual tudung semasa tinjauan hari ini.

Ia merupakan antara langkah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan untuk pelanggan dan premis perniagaan yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Meskipun kerajaan memberi kelonggaran menerusi pelaksanaan PKPB, rakyat diminta agar mematuhi SOP yang ditetapkan selain terus mendisiplinkan diri dengan kawalan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. - Foto Bernama