Kematian George Floyd: New York huru-hara

Iklan
Keadaan sebuah van milik Jabatan Polis New York (NYPD) yang dibakar oleh penunjuk perasaan di Brooklyn, New York.

NEW YORK - Protes antipolis berikutan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd mencetuskan huru-hara di Brooklyn apabila ratusan penunjuk perasaan cuba mengepung beberapa kawasan presint 88 di Clinton Hill dan membakar sebuah van milik Jabatan Polis New York (NYPD), malam tadi.

Menurut sumber, kira-kira 200 orang dilaporkan ditangkap dalam demonstrasi yang mengganas di Lower Manhattan dan Brooklyn.

Iklan
Iklan

Terdahulu, sekurang-kurangnya 3,000 penunjuk perasaan telah berkumpul di Pusat Barclays sebelum pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata ketika peserta protes itu mula melemparkan objek ke arah pasukan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Protes tuntut bela kematian George Floyd

Iklan

Dalam pada itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dilaporkan tiba di Pusat Barclayslewat malam tadi sebelum memuat naik status di laman Twitternya yang meminta orang ramai bertenang.

"Kita menghadapi malam yang panjang di Brooklyn. Fokus utama kami adalah untuk meredakan situasi ini dan memastikan orang ramai pulang ke rumah dengan selamat," ciapnya.

Iklan

Penunjuk perasaan berhimpun bagi menuntut keadilan terhadap kematian Floyd di Minneapolis yang meninggal dunia pada Isnin lalu selepas seorang anggota polis melutut pada lehernya semasa menangkapnya.

Pegawai polis terbabit, Derek Chauvin, dilaporkan telah ditangkap awal semalam dan didakwa membunuh dan melakukan pembunuhan tanpa niat. - Agensi