Nenek usia 103 tahun pulih Covid-19

Iklan
Stejna, 103, berjaya sembuh daripada wabak Covid-19. - Foto Daily Star

MASSACHUSETTS - Seorang warga emas berusia 103 menjadi individu pertama yang selamat keluar dari 'Life Care Center' selepas dijangkiti Covid-19.

Lapor Daily Star, Jennie Stejna, menjadi tumpuan media apabila dia dilaporkan nazak akibat Covid-19 tetapi diumumkan pulih.

Iklan
Iklan

Stejna dianggap bertuah kerana pada usia emasnya berjaya mengharungi wabak yang telah membunuh lebih 360,000 orang seluruh dunia.

Cucunya, Shelley Gunn gembira dengan perkembangan neneknya yang mempunyai semangat kental mengharungi wabak Covid-19.

Iklan

Nenek kelahiran Poland yang tinggal di Massachusetts, Amerika Syarikat itu jatuh sakit tiga minggu lalu dan menjadi penghuni pertama di pusat jagaan di sini.

Situasi tersebut membimbangkan keluarga wanita itu kerana faktor usianya dan keluarga bersedia mengucapkan selamat tinggal.

Iklan

Dalam pada itu, suami Shelley, Adam Gun juga sempat berbual dengan Stejna ketika sedang dirawat.

"Saya ada bertanyakan dia sama ada sudah bersedia untuk ke syurga, dan dia menjawab ya," katanya.

Sehingga hari ini terdapat 33 pesakit Covid-19 yang masih dirawat di Life Care Center.