Dua peniaga dikompaun jual cili kering mahal

Iklan
Pemeriksaan KPDNHEP mendapati peniaga menjual harga cili kering melebihi harga kawalan yang ditetapkan. - Foto KPDNHEP Perak

IPOH - Dua peniaga runcit dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 dan RM2,500 selepas didapati menjual cili kering melebihi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dan melanggar Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Kesalahan itu dikesan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung dalam satu pemeriksaan khas Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekitar jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu sekitar daerah Perak Tengah di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Cawangannya, Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata, peniaga terbabit didapati menjual cili kering pada harga RM17.50 hingga RM30 setiap satu kilogram (kg) berbanding harga kawalan maksimum yang ditetapkan iaitu RM16.

"Bagaimanapun peniaga itu gagal membayar kompaun berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan
Dua peniaga runcit dikompaun selepas didapati menjual cili kering mahal. - Foto KPDNHEP Perak

Menurutnya, pihaknya telah menyita 7kg cili kering yang bernilai RM147.50.

"Kes ini akan disiasat di bawah kesalahan dan akta sama serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan termasuk pertuduhan di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh di denda maksimum tidak melebihi RM100,000," katanya.

Iklan

Wan Muhammad Badro berkata, sepanjang tempoh PKPB itu, KPDNHEP mendapati lima kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga kawalan dengan jumlah kompaun RM15,500.

"Peniaga diingatkan supaya lebih beretika dan tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Pengguna perlu bijak dalam berbelanja dan aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP di talian 05-2414611atau emel ke e-aduan@kpenhep.gov.my atau WhatsApp KPDNHEP di talian 019-279 4317," katanya.