Lelaki maut tersepit ketika selenggara lif

Iklan
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa yang tersepit di atas lif di sebuah hospital di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat tersepit di atas lif ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital di sini hari ini.

Mangsa merupakan seorang warganegara Indonesia dikenali dengan nama Muntholib, 39, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan hospital tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Tinggi II, K Karupannan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang, seramai 10 anggota dan sebuah jentera serta satu unit EMRS ke lokasi kejadian.

"Ketika kejadian difahamkan mangsa sedang membuat kerja-kerja pertukaran lif baharu bersama tiga lagi rakannya.

Iklan

"Secara tiba-tiba salah seorang rakan mangsa yang berada di bawah terdengar bunyi dari bahagian atas. Mereka bergegas naik untuk memeriksa punca bunyi itu.

"Mangsa didapati tersangkut pada bahagian besi lif antara tingkat 1 dan 2. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia," katanya.

Iklan