Budak lelaki tertusuk bilah kipas

Iklan
Kanak-kanak terselamat setelah bilah kipas tertusuk di bahagian kepalanya. - Foto The Times of India

INDORE - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami detik ngeri apabila kepalanya tertusuk bilah kipas yang sedang berpusing, di Khandwa, India.

Menurut The Times of India, kanak-kanak tersebut terpaksa pula menahan kesakitan kerana menempuh perjalanan sejauh 150 kilometer atau sekitar kira-kira empat jam untuk ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kanak-kanak itu selamat selepas menjalani pembedahan selama 45 minit dan doktor berjaya mengeluarkan 3 inci bilah yang terbenam di bahagian kepala.

Pakar bedah saraf, Dr Atul Gupta dari Hospital Bombay berkata, bilah itu tertusuk di bahagian belah kiri tengkorak kanak-kanak berkenaan.

Iklan

"Syukurlah, ibu bapanya tidak berusaha membuang bilah dari kepalanya sebaliknya hanya memotong bilah dari kipas dan membawa anak mereka ke hospital.

"Kanak-kanak itu masih sedar ketika tiba di hospital dan kecederaan tidak melibatkan bahagian otak namun jika bilah itu tertusuk lebih dalam, akibatnya mungkin berbeza," katanya.

Iklan