6,000 bata untuk dua beradik bina 'mahligai'

Iklan
Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pasir Puteh melawat tapak rumah yang bakal dibina Mohd Haizul Naimi (dua dari kiri) bersama abangnya di Kampung Panggong.

PASIR PUTEH - Impian dua beradik dari Kampung Panggong di sini untuk membina sebuah 'mahligai' selesa semakin menjadi kenyataan apabila menerima sumbangan 6,000 bata blok daripada Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pasir Puteh hari ini.

Pengerusinya, Nik Mohd Noor Azwan Mustapha berkata, pihaknya terpanggil untuk menyerahkan sumbangan itu selepas melihat kesungguhan dua beradik tersebut iaitu Muhammad Hakim Hakimi Rusdi, 24, dan Mohd Haizul Naimi, 21, yang sanggup 'bermandi' peluh dengan memunggah pasir sejauh 250 meter dari sungai untuk memiliki rumah sendiri bersama adik bongsu mereka Nurin Amalin,14, menjadi kenyataan.

Iklan
Iklan

"Apa yang dilakukan oleh dua beradik itu cukup menyentuh perasaan kami semua yang membaca kisah ini di Sinar Harian.

"Jadi sebagai permulaan, kami tampil menyerahkan sumbangan bata untuk memberikan 'semangat' kepada dua beradik itu dalam melaksanakan impian murni itu," katanya.

Iklan

Menurutnya, beliau menyeru kepada orang ramai untuk terus tampil membantu pasangan adik-beradik itu bagi memastikan 'mahligai' impian itu menjadi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkut pasir sungai 250 meter demi 'mahligai' impian

Sinar Harian semalam melaporkan, dua beradik sanggup mengerah keringat dengan memunggah pasir sungai sejauh 250 meter untuk dijadikan sebagai bata blok bagi merealisasikan impian memiliki sebuah 'mahligai' selesa dalam meneruskan hidup.

Iklan

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Maybank 1645-8408-7504 atas nama Muhammad Hakim Hakimi Rusdi.