Masjid Nabawi dibuka semula

Iklan
Para jemaah melaksanakan langkah penjarakan sosial di Masjid Nabawi ketika menunaikan solat Subuh pagi tadi. - Foto Agensi

RIYADH - Arab Saudi membuka semula Masjid Nabawi di Madinah hari ini di bawah fasa secara berperingkat untuk meredakan sekatan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Arab News melaporkan para jemaah menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali selepas penutupan masjid itu selama lebih dua bulan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa turut melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengehadkan kapasiti jemaah kepada 40 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Masjidil Haram, Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi

Tiada solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Selain itu, langkah berjaga-jaga lain yang turut diambil termasuk meminta para jemaah membawa sejadah sendiri, memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis juga dibuka kepada para jemaah bermula waktu solat Subuh pada hari ini. - Agensi