Semua parti bebas hantar calon PRK DUN Chini: Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim (kiri) bersama Muhammad Sanusi pada kunjungan hormat Menteri Alam Sekitar dan Air ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

ALOR SETAR - Semua parti bebas untuk menghantar wakil bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kali ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terpulang kepada setiap parti sama ada akan menghantar atau tidak calon dalam PRK berkenaan memandangkan negara adalah demokrasi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pandangan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PKR tidak menghantar wakil untuk bertanding pada PRK DUN Chini mungkin disebabkan keadaan semasa situasi koronavirus (Covid-19).

"Dalam situasi Covid-19, pandangan Datuk Mohd Ammar itu adalah dalam konteks semasa.Memang kita akui waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, pilihan raya yang akan dibuat terpaksa dikawal, kempen dan sebagainya.

Iklan

"Jadi, saya fikirkan jikalau tidak ada pertandingan itu lebih baik. Tetapi dalam sistem demokrasi, kita tidak boleh menghalang mana-mana parti dari bertanding. Cumanya, jikalau pilihan raya dibuat, maka bagaimana kempen dibuat dan proses pengundian dijaga prosedur standard operasi (SOP)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas kunjungan hormat Menteri Alam Sekitar dan Air ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Iklan

Ketika diminta mengulas sama ada Pakatan Harapan tidak perlu meletakkan calon disebabkan hanya mampu meraih lebih 1,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14), Tuan Ibrahim berkata, PH berkemungkinan tidak nampak bahawa parti terbabit tidak perlu menghantar calon bertanding.

"Kita mungkin nampak, tetapi dia tidak nampak sebab politik ini matanya lain-lain. Kita lihat berdasarkan keputusan terdahulu, maka cadangan Datuk Mohd Ammar itu memang ikhlas untuk situasi semasa ketika PKP tetapi untuk parti politik kita serah kepada dia untuk menentukan untuk hantar calon atau tidak," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat PKR tidak menghantar wakil untuk bertanding pada PRK DUN Chini kali ini.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman, parti lawan berdepan kehilangan deposit apabila BN menang dengan majoriti cukup besar dalam pertemuan tiga penjuru itu.

PRK Chini bakal diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun,60, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur.