Warga emas tular dibantu Ustaz Ebit meninggal dunia

Iklan
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kisah Ustaz Ebit membantu keluarga Allahyarham Pak Aq atau nama penuhnya Ishak Darus.

ALOR SETAR - Pesakit strok, Ishak Darus, 77, atau Pak Aq yang menjadi bualan hangat netizen selepas dibantu penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi di kediamannya di Taman Uda, di sini.

Menurut isterinya, Jamaliah Rejab, 54, Pak Aq menunjukkan dadanya yang sakit dengan melurut tangan pada bahagian itu kira-kira jam 7 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, arwah juga dilihat tidak berselera makan sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa Ustaz Ebit'

Iklan

Keluarga Pak Aq mohon maaf kepada Ebit Lew

'Jangan putus asa Ebit, ALLAH nak uji kita...'

Iklan

Rumah usang Pak Ishak dirobohkan

Saya akan bayarkan sewa selagi hidup: Ebit Lew

"Sejak kami berpindah dari Lorong Gedebang ke rumah baharu di Lorong Fajar, arwah hanya tidur sepanjang hari, kurang bercakap dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebooknya, Ebit turut melahirkan kesedihan atas pemergian Pak Aq dan mendoakan arwah diampuni serta dicucuri rahmat atas dirinya dan keluarga warga emas itu.

Ebit Lew berkongsikan gambar ketika membantu memindahkan Pak Aq ke rumah baharu pada April lepas di Facebook miliknya.

Beliau berkata, arwah Pak Aq pernah berkongsikan beberapa hajat untuk menyediakan tempat tinggal selesa buat isteri, anak serta cucunya, selain berhasrat menghantar cucunya ke tahfiz dan sekolah yang lebih baik.

Pada hantaran sama, Ebit turut berterima kasih penduduk setempat, ahli jawatankuasa masjid dan semua pihak yang membantu menguruskan pengebumian Pak Aq hari ini.

Sebelum ini, kisah Ebit membantu keluarga warga emas pesakit strok di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, di sini tular di laman sosial.