Amazon buang mesej perkauman di beberapa senarai produk

Iklan
Tangkap layar senarai produk yang menggunakan gambar mengandungi mesej perkauman di laman web e-dagang, Amazon United Kingdom menjadi tular di Twitter sejak malam tadi.

LONDON - Syarikat e-dagang, Amazon mengumumkan telah memadam beberapa gambar menunjukkan mesej perkauman yang muncul apabila pelanggan mencari produk menggunakan kata kunci 'Apple's Airpods' di laman web United Kingdom (UK) milik syarikat itu baru-baru ini.

Perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan di laman media sosial Twitter sehingga topik"AirPods" menjadi trending di UK sejak malam tadi.

Iklan
Iklan

"Kami telah menghapuskan imej-imej tersebut dan tindakan telah diambil terhadap pelaku," kata jurucakap Amazon hari ini tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai pelaku tersebut.

Tangkap layar hantaran yang mengandungi perkataan jelik itu turut menjadi tular di Twitter.

Iklan

Bagaimanapun, senarai produk itu kini tidak lagi wujud di laman web Amazon dan ianya tidak dapat dipastikan sejak bila gambar tersebut berada di dalam laman itu.

Pada April lalu, beberapa laman web luar negara milik Amazon termasuk di UK telah dimasukkan ke dalam laporan 'pasar terkenal' oleh pengatur perdagangan Amerika Syarikat yang mempunyai masalah pemalsuan produk.

Iklan

Bagaimanapun, Amazon tidak bersetuju dengan laporan tersebut dan menggambarkannya sebagai tindakan politik semata-mata. -Agensi