Lima rumah kongsi terbakar kali ke empat

Iklan

RAWANG - Lima rumah kongsi berkeluasan 1,000 kaki persegi musnah dalam kebakaran malam tadi.

Turut musnah, sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran lokasi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kawasan tersebut pernah terbakar sebelum ini sebanyak tiga kali dalam tempoh tujuh bulan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Rizal Buang berkata, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 11.45 malam dan mengambil masa 21 minit untuk sampai ke lokasi.

Iklan

"20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dibantu BBP Rawang menggunakan dua aliran hos dan water tanker untuk memadamkan kebakaran.

"Rumah kongsi itu musnah keseluruhan namun insiden tersebut tidak melibatkan mangsa cedera atau maut," katanya.

Iklan

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.