Setuju cadangan perintah berkurung remaja bawah 18 tahun

Iklan
Nor Asfa Yusuf, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, Azhad Sabiq Abdullah

KUANTAN - Pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun disifatkan sebagai relevan dan mampu tangani gejala sosial.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai bersetuju pelaksanaan itu.

Iklan
Iklan

Bagi Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 35, perintah berkurung dapat mendisiplinkan remaja.

Menurutnya, selain perlu menghadiri kelas tambahan pada waktu malam dan meluangkan masa bersama ibu bapa,tiada sebab untuk remaja terbabit keluar selepas jam 12 tengah malam kerana mereka perlu bersedia untuk ke sekolah keesokan hari.

Iklan

"Cadangan tu bagus. Mungkin ada yang tak setuju tapi disiplin kepada anak-anak bukan diamalkan oleh Islam saja, tetapi agama lain juga menitikberatkan perkara sama.

Pelajar sekolah, Azhad Sabiq Abdullah, 16, perkara itu tidak memberi kesan kepadanya kerana malah dapat mendidik remaja tidak keluar waktu malam.

Iklan

Azhad juga positif pelaksanaan perintah berkurung bukan untuk menghukum atau mengurung, sebaliknya mendidik golongan bawah umur.

"Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan kerana jika tidak dapat keluar rumah waktu malam ini akan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara anak dan ibu bapa.

Bagi Nor Asfa Yusuf, 27, jika pelaksanaan itu menjadi realiti, dia berpendapat akan mengurangkan jumlah remaja yang terjebak dalam masalah sosial.

"Ini antara cara terbaik bagi mendidik golongan di awal remaja bagi mengatasi masalah menghidu gam, dadah dan rogol.

"Sebab itu, langkah ini jalan terbaik kepada golongan di awal remaja kerana mereka bukan sahaja senang dipengaruhi, malah masih memerlukan perhatian dan bimbingan terutama dari ibu bapa,” katanya.