Bersatu Sabah ulangi pendirian sokong Muhyiddin

Iklan
Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah sekali lagi mengulangi sokongan penuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti itu.

Ketua Badan Pimpinan Negeri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan pergolakan politik semasa tanah air, Bersatu Sabah tetap dengan pendirian menyokong Muhyiddin dan ia berasaskan suara majoriti Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang bermesyuarat pada 23 Februari 2020 lalu supaya parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"Jelas bahawa tindakan dilakukan oleh Muhyiddin betul kerana ia berasaskan suara majoriti ahli MPT Bersatu", katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, pendirian Bersatu Sabah jelas dan berpandukan kemahuan sebahagian besar ahli MPT.

Iklan

"Bersatu Sabah juga mahu Muhyiddin diberikan peluang dan kepercayaan mengemudi negara. Seterusnya berusaha mengurus dan menstabilkan kerajaan serta menyatupadukan rakyat negara ini.

"Rakyat dan negara juga memerlukan Muhyiddin dan 'team' Kabinetnya untuk mengurus negara menghadapi ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) dan cabaran besar ekonomi serta perpaduan rakyat," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut berharap Muhyiddin dan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kebijaksanaan mereka mencari kata sepakat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku demi kepentingan negara serta rakyat.