Gara-gara tak dapat MC doktor ditampar

Iklan
Che Zamani Che Awang

GEORGETOWN - Seorang doktor ditampar selepas enggan memberi sijil cuti sakit kepada seorang pesakit wanitanya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zamani Che Awang berkata, kejadian berlaku di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang pada jam 1.17 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, doktor berusia 29 tahun itu ditampar suami kepada wanita terbabit yang berang kerana tidak mendapat sijil cuti sakit selepas mendapat rawatan.

"Selepas merawat wanita terbabit, doktor itu tidak memberi sijil cuti sakit kepadanya seperti yang diminta. Kemudian, suami wanita terbabit yang berang terus menampar pipi sebelah kiri doktor tersebut.

Iklan

"Doktor berkenaan terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis berjaya menahan suspek," katanya ketika dihubungi tadi.

Che Zaimani berkata, suspek berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

Iklan

"Ujian saringan air kencingnya mendapati positif syabu. Semakan juga mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah melibatkan dadah dan mencuri.

"Lelaki berasal dari Flat Padang Tembak itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.