Penyalahgunaan alkohol sama seperti dadah

Iklan
Pelbagai pihak menggesa hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa penyalahgunaan alkohol sama seperti dadah yang turut menimbulkan risiko buruk.

Menurut satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasmi KKM, bagi yang bukan beragama Islam, mereka perlu mengambil berat tentang kuantitinya jika memilih untuk meminum alkohol, selain cuba menghindar pengambilan minuman keras itu secara berlebihan.

Iklan
Iklan

"Sindrom kebergantungan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri, yang mana seseorang itu ketagihan kepada alkohol.

"Kajian yang dijalankan menunjukkan tidak ada had selamat apabila seseorang individu itu mengambil minuman keras, malah jumlah alkohol yang diminum turut dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Iklan

Tambah kenyataan itu lagi, pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain termasuk gastritis akut, sirosis hati sama ada dengan atau tanpa kanser hati dan pankreatitis akut serta kronik.

Katanya, pengambilan alkohol berlebihan juga boleh mengancam keselamatan nyawa orang lain.

Iklan

"Statistik menunjukkan bahawa satu daripada 10 rakyat Malaysia minum minuman beralkohol atau 11.8% penduduk negara ini di mana satu daripada dua peminum minum secara mudarat sehingga mabuk (binge drinking).

"Selain itu, satu daripada 10 peminum alkohol minum sehingga mabuk sekurang-kurangnya sekali seminggu,” katanya.