Hari pertama operasi: Pasar Raja Bot lengang

Iklan
Keadaan dalam Pasar Raja Bot lengang.

KUALA LUMPUR - Pasar Raja Bot yang mula dibenarkan beroperasi hari ini lengang tanpa kehadiran peniaga dan pengunjung.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, 95 peratus peniaga di pasar itu belum berniaga dan hanya beberapa peniaga khususnya barangan runcit membuka kedai.

Iklan
Iklan

Terdapat juga dalam kalangan peniaga yang datang untuk membersihkan petak niaga masing-masing selepas ditutup operasi sejak 29 April lalu.

Kebanyakan peniaga yang berada dalam Pasar Raja Bot itu dilihat memakai pas berwarna biru yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan pemantauan khususnya terhadap warga asing.

Iklan

Peniaga, Lee Chee Keong, 37, berkata, keadaan lengang Pasar Raja Bot itu mempunyai kaitan dengan masalah ketiadaan stok susulan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini dan Khamis untuk disinfeksi.

"Hari ini memang dah dibenarkan berniaga tapi tak ramai buka kedai disebabkan kebanyakan peniaga mengambil barang dari Pasar Borong Kuala Lumpur.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar Chow Kit mula operasi esok

Pasar Chow Kit tutup 14 hari mulai esok

KKM teruskan saringan Covid-19 di Chow Kit

DBKL laksana operasi pembersihan menyeluruh di Pasar Raja Bot

Mesin sanitasi VBN di Pasar Raja Bot

"Mungkin juga ada yang punya stok tapi belum mahu meniaga sebab pelanggan tak ramai kerana prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat dan tempoh niaga singkat sehingga jam 2 petang sahaja," katanya.

Chee Keong menunjukkan pas pelesen DBKL.

Seorang pekerja yang ditemui memaklumkan hanya ke pasar tersebut untuk melakukan kerja pembersihan.

"Saya datang bantu kawan bersihkan kedai hari ini untuk persiapan mulakan perniagaan esok. Terlalu lama kedai tutup jadi banyak perlu dilakukan," katanya.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan operasi pasar awam itu akan dibuka hari ini mengikut garis panduan bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasar tersebut akan beroperasi setiap hari kecuali pada Isnin dan Khamis (untuk disinfeksi) bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.