Sempat jerit suruh isteri bawa bayi keluar rumah

Iklan
Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran yang berlaku di Taman Pengkalan Jaya hari ini. - Foto JBPM Perak

IPOH - Tiga buah rumah, sebuah kereta dan sebuah motosikal terbakar dalam kejadian di Persiaran Pegoh, Taman Pengkalan Jaya di sini hari ini.

Kebakaran kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya musnah 70 peratus.

Iklan
Iklan

Mangsa, Hafiz Ahmad Hariri, 34, berkata, kebakaran itu berlaku ketika dia sedang memeriksa motosikal jenis Naza N50 di ruang depan rumahnya.

Pasukan bomba menjalankan siasatan kebakaran membabitkan tiga tumah di Taman Pengkalan Jaya hari ini. - Foto JBPM Perak

"Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan saya sendiri tidak tahu bagaimana api boleh tercetus pada motosikal hingga menyebabkan saya melecur pada dua jari dan betis kanan dan seterusnya marak.

Iklan

"Saya dalam keadaan panik tidak sempat berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit kepada isteri untuk bawa bayi kami keluar menerusi pintu belakang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian.

Menurutnya, dia bersyukur isteri, Nurul Husna Najiha Zahari, 31 dan anak lelaki, Hafidh Naufal berusia lapan bulan terselamat dalam kejadian itu.

Iklan

Katanya, akibat kebakaran itu dia melecur di jari tangan dan betis kaki kanannya akibat terkena bahang api

"Saya hanya menunggu di pintu belakang apabila pintu depan tidak boleh dilalui kerana api yang marak begitu cepat.

Kebakaran memusnahkan 70 peratus rumah Hafiz di Taman Pengkalan Jaya hari ini.

"Saya sempat menghubungi pihak bomba. Kebakaran ini turut memusnahkan Perodua Axia dan kelengkapan rumah. Saya tidak tahu jumlah kerugian yang sebenar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hafiz sekeluarga tinggal sehelai sepinggang ditempatkan di sebuah rumah berhampiran manakala dua kediaman lain masing masing musnah 30 peratus yang menjejaskan bahagian bumbung.

Sementara itu, seramai 39 anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ipoh dan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru serta Menglembu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan pancuran air hingga api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin turut turun padang meninjau keadaan ketiga-tiga keluarga terbabit.

Dr Wan Norashikin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa, Chum Yahya.

"Difahamkan ketiga-tiga keluarga ini tidak dibenarkan untuk memasuki rumah tersebut dan mereka ditempatkan di rumah berhampiran untuk didiami sementara.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memberi bantuan awal dari segi peralatan asas seperti selimut dan keperluan makanan selain sedikit wang untuk meringankan beban,” katanya.