Jasa warga TUDM dihargai, disanjung tinggi: Muhyiddin

Iklan
MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jasa, khidmat dan bakti warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara amat dihargai dan disanjung tinggi.

Dalam ucapannya sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang ke-62, beliau turut berharap TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia.

Iklan
Iklan

"Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 kepada seluruh warga TUDM.

"Semoga TUDM terus kekal sebagai sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada dunia,” katanya di laman Facebook hari ini.

Iklan

Hari Ulang Tahun TUDM disambut pada setiap 1 Jun.

Sambutan kali ini bertemakan ‘Berupaya Bersiaga, Kedaulatan Terjaga.’ - Bernama

Iklan