KAFA terus aktifkan kutipan

Iklan
Mohammad Ausri menyerahkan surat permohonan bantuan kewangan kepada Che Abdullah (kanan) hari ini.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memperluaskan lagi kutipan Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan tidak hanya melibatkan tunggakan gaji bekas pemain import, Cassio Francisco De Jesus.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid, badan induk bola sepak Kelantan itu kini mengharapkan keprihatinan berterusan dalam kalangan rakyat dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) dalam meringankan beban kewangan persatuan.

Iklan
Iklan

"Seperti semua maklum terbaharu FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) mengarahkan KAFA menyelesaikan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import, Bruno Lopes yang berjumlah RM142,000.

"Ya, KAFA akui ia memberi cabaran kepada kami kerana selain kes Cassio dan Lopes, akan ada lagi kes lain yang akan menyusul. Namun KAFA akan berusaha sebaik mungkin dengan bantuan sumbangan derma secara berterusan daripada rakyat dan penyokong setia bola sepak Kelantan menyelesaikan isu ini.

Iklan

"Pada masa ini kami sedang mengadakan rundingan semula dengan pihak Cassio dalam mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Pada masa sama Ahmad Muzakkir juga memaklumkan KAFA sudah menyerahkan surat permohonan bantuan kewangan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang diserahkan Exco KAFA, Mohammad Ausri Husin di Kota Bharu hari ini.

Iklan

Kata Ahmad Muzakkir lagi, KAFA juga dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan bagi tujuan sama.

Kepada mereka yang ingin menderma ke Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank - 5530 1063 0676.