Aqu Syanteq untuk kekal cantik

Iklan
Noralya Atiqah bersama produk Aqu Syanteq yang diasaskannya.

MELAKA - Kesungguhan seorang usahawan muda berjaya memikat hati ramai kalangan wanita yang mengalami masalah kulit kusam dan berjerawat apabila memperkenalkan produk penjagaan kulit 'Aqu Syanteq' yang diyakini berkesan serta setanding dengan produk jenama antarabangsa lain di pasaran.

Pengasasnya, Noralya Atiqah Mohammad Anuwar, 20, berkata, walaupun terdapat pelbagai jenama produk penjagaan kulit di luar sana namun tidak banyak yang memberi kepuasan terhadap pengguna terutama sekali keberkesanannya terhadap rawatan kulit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mempunyai wajah dan personaliti yang menarik bukanlah tiket mudah untuk berjaya.

"Semuanya bermula semasa saya menjalankan perniagaan makanan berhampiran kawasan pantai, ketika itu kulit saya mengalami masalah jerawat dan jeragat yang teruk. Setelah menggunakan produk penjagaan kulit Aqu Syanteq, kulit saya berubah menjadi semakin berseri, halus dan putih bagaikan orang Korea.

Iklan

"Pengalaman ini telah memberikan inspirasi kepada saya untuk membantu lebih ramai orang di luar sana yang mengalami masalah kulit wajah seperti yang saya pernah alami sebelum ini. Saya rasa semua wanita harus memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk terus kekal cantik tanpa mengira usia," katanya.

Perbezaan kulit wajah setelah menggunakan produk Aqu Syanteq.

Noralya Atiqah berkata, produk penjagaan kulit Aqu Syanteq diyakini selamat, dirumuskan dari ramuan herba terpilih secara semula jadi tanpa bahan kimia.

Iklan

"Menariknya dengan harga Aqu Syanteq yang berpatutan membuatkan ia mampu dimiliki oleh semua orang malah kualitinya setanding dengan jenama produk penjagaan kulit antarabangsa yang jauh lebih mahal.

"Pengguna disarankan untuk mencuba jenama ini dan merasai sendiri perubahan pada kulit wajah," katanya.

Rawat masalah kulit

Menurutnya, mengimbas kembali detik beliau memulakan perniagaan, ketika remaja lain melepaskan tekanan belajar dengan bersuka-ria selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau sudah merencanakan masa depan untuk berjaya pada usia muda dengan menceburi dunia perniagaan kosmetik.

Katanya yang juga bekas peserta Tunas Usahawan Bumiputera 2018, bukan mudah untuk bertapak dan meyakinkan pengguna supaya memilih produk ini.

"Sehingga hari ini, Aqu Syanteq berjaya menyelesaikan masalah ramai wanita atau lelaki yang mengalami masalah kulit dengan syarat rawatan yang dilakukan ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan.

"Kalau dahulu saya terbaca slogan yang dilaungkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia iaitu 'Semua Orang Boleh terbang’ hari ini, slogan kami adalah, 'Semua Orang Boleh Cantik'.

"Ia membawa maksud produk Aqu Syanteq sesuai untuk semua golongan, bukan sahaja yang berpendapatan tinggi tetapi juga mampu dimiliki kalangan mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Noralya Atiqah berkata, pengguna produk Aqu Syanteq turut ditawarkan rawatan kulit muka sampingan dengan menggunakan serum kawalan minyak dengan kemudahan teknologi terkini bagi merangsang kulit agar memastikan kesan lebih ketara.

"Perkhidmatan rawatan kulit yang kami sediakan ibarat 'Spa eksklusif' yang mampu dirasai oleh semua golongan dengan tawaran harga yang sukar dipercayai.

"Ada orang kata saya gila, sebab perkhidmatan yang ditawarkan agak murah tetapi bagi saya, niat yang utama adalah untuk membantu orang agar memiliki kulit macam saya, dari kulit wajah yang teruk bermasalah sehingga apa yang dilihat hari ini. Bagi saya, keuntungan adalah nombor dua," katanya.

Kemudahan perkhidmatan rawatan kulit yang disediakan khas untuk pengguna Aqu Syanteq.

Inspirasi nama dari ibu

Menyentuh pemilihan nama Aqu Syanteq, menurut Noralya Atiqah, ia adalah inspirasi dari ibunya, Norhayati Cheklah yang menjadi pendorong serta tulang belakang perniagaan yang diusahakan.

"Produk Aqu Syanteq akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari ini di Hotel King Melaka, bermula jam 2 petang hingga 6 petang.

"Booth jualan turut disediakan bagi memperkenalkan produk ini kepada orang ramai dan menariknya pada hari tersebut kami turut menawarkan kadar potongan harga menarik sehingga 50 peratus sebagai menghargai kesemua tetamu yang hadir," katanya.

Katanya, setakat ini produk Aqu Syanteq sudah berada di pasaran Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Terengganu.

"Harapan kami selepas majlis pelancaran nanti pasaran Aqu Syanteq akan diperluaskan lagi ke semua negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kami amat mengalu-alukan bagi individu yang ingin menjana pendapatan sebagai usahawan Aqu Syanteq," katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi ibu pejabat Aqu Syanteq di talian 0196636130 / 0199733141 (Norhayati Cheklah).