Polis siasat kes cermin kereta pecah

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kes berkenaan.

BUKIT MERTAJAM - Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian cermin bahagian depan kenderaan milik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol pecah dipercayai angkara khianat di rumahnya di Kampung Baru, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kejadian itu disedari mangsa berusia 28 tahun berkenaan pada jam 9 pagi selepas mendapati cermin hadapan kereta Toyota Viosnya telah pecah dipercayai dibaling dengan bata kerana objek itu berdekatan kenderaannya.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa tidak pernah berhutang dengan sesiapa dan tidak bermusuh dengan sesiapa, namun aktif dalam sebuah parti politik, jadi dia bimbang ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya. Pemeriksaan mendapati tiada barang yang hilang dalam kereta,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cermin kereta Ketua AMK Pulau Pinang pecah dibaling batu

Iklan

Shafee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan suspek yang melakukan khianat itu sehingga mangsa mengalami kerugian RM500 dan setakat ini tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah lelaki itu yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurutnya, polis membuka kertas siasatan kes itu menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat.

Iklan

Sementara itu, Fahmi ketika dihubungi enggan menuduh mana-mana pihak yang melakukan perbuatan khianat tersebut dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan apakah tujuan sebenar mereka. Sepanjang penglibatan dalam politik, ini pertama kali kejadian seperti ini berlaku,” katanya. - Bernama