KUALA LUMPUR - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan patah kaki kiri, tiga tahun lepas.
Kamsiah Abdul Karim, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Mahyon Talib.