Pas cabar DAP buat pendirian tentang Islam, Melayu

Iklan
Khairil Nizam Khirudin - Foto Facebook rasminya.

SHAH ALAM- Pas mencabar DAP untuk berani tampil secara terbuka mengisytiharkan parti itu menghormati tanpa berbelah bagi ketetapan, kedudukan dan peranan Islam sebagai agama Persekutuan yang tertaklukdalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Khairil Nizam Khirudin berkata, pengisytiharan terbuka itu juga berkaitan terhadap hak berkaitan bangsa Melayu, Bumiputera, tanah rizab Melayu dan Raja-raja Melayu.

Iklan
Iklan

"Kami juga mencabar DAP secara terbuka mengisytiharkan dengan berani bahawa telah melucutkan idea Malaysian Malaysia dari agenda perjuangan kamu.

"Beranikah DAP isytiharkan bahawa kamu telah memansuhkan tuntutan kesamarataan kepada semua perkara termasuk agama dan bangsa, sedangkan ia peruntukan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berhubung kenyataan dibuat Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa berceramah di Kampung Keledek dekat Jelai, yang dakwa Lee telah menuduh DAP mahu menggugurkan Islam daripada kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

Mengulas lanjut, Khairil berkata , selama ini berpaksikan tuntutan kesamarataan itulah DAP cuba membuang atau melucutkan asas dan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama Persekutuan.

Iklan

"Kami tidak naif dan sama sekali tidak akan berganjak dari mempertegaskan bahawa kamu DAP adalah sepertimana dinyatakan. Bahkan Perlembagaan dan matlamat-matlamat DAP menyenaraikan perkara tersebut. Juga dari banyak pendirian, sikap, penyataan dan tindakan pernah DAP aju dan lakukan selama ini. Jangan lupa, Pas pernah ada pengalaman bersama DAP," katanya.

Jelasnya lagi, barangkali DAP sudah lupa banyaknya kelakuan kamu secara menyindir, memperolok, memperlekeh, mempertikai, celupar, biadab, provokasi, campur tangan, membentak dan membantah hal ehwal Islam. DAP sering menunjukkan tidak senangnya pada hudud atau enakmen kanun jenayah syariah, akta Mahkamah Syariah, negara Islam, azan, solat Jumaat, zakat, mufti dan tokoh Islam.

"Sebaliknya pemimpin kamu sering pula mendalangi, mempengaruhi, menyokong, menyebar dan menggerakkan usaha seperti dakyah Evangelis Kristian, Liberal, IFC, Comango dan BERSIH. Malah menyertai, menggalak dan mempertahankan penganjuran program seperti pesta arak Better Beer Festival dan Octoberfest serta tidak bermoral oleh kumpulan LGBT," katanya.

Justeru tegasnya, bahawa seluruh Pemuda Pas berpegang teguh bahawa inilah pendirian mereka terhadap DAP.

"Ini jugalah fakta dan keterangan akan kami bawa mengenai kamu kepada rakyat Malaysia dan seluruh pelusuk dunia pada bila-bila masa. Bukan gimik dan mainan politik sesumpah sebagaimana watak kamu serta mereka yang berpaut kepentingannya dengan kamu," katanya.