Guna kekerasan terhadap polis, Farid Kamil dihukum penjara 13 bulan

Iklan
Farid

PELAKON, Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Farid, 39, yang berbaju kemeja putih dilihat tenang mendengar keputusan yang dibacakan oleh Majistret Noor Arifin Hisham ketika dalam kamar tertuduh.

Iklan
Iklan

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Farid Kamil tampar polis ditangguhkan

Iklan
Farid Kamil dibenar tangguh hukuman penjara

Farid Kamil dibenar tangguh hukuman

Majistret Noor Arifin kemudian mengarahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan dijalankan secara serentak namun memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dihadapinya sebelum ini atas kesalahan menggunakan dadah.

Iklan

Bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaann (KK) dan Seksyen 90 Akta Polis, Farid Kamil didakwa menghalang anggota polis iaitu Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan rayuan terhadap hukuman itu dengan jaminan RM 10,000 dengan seorang penjamin.

Farid yang diwakili Peguam Kee Wei Low, merayu agar mahkamah menggunakan budi bicara dan mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga yang menangung isteri dan dua anak berusia 7 dan 4 tahun.

Timbalan Pendakwaraya Mohammad Fahkhrurrazi Ahmad Salim bagaimanapun memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada orang awam jika melakukan kesalahan yang sama.

Mahkamah turut memerintahkan, Farid membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000 kepada pihak pendakwaan dan jika gagal bayar hukuman penjara enam bulan akan dikenakan terhadap tertuduh.