PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.
Laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Zahin Zainal dan Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan di ibu pejabat SPRM di sini.