5 'superman' ditahan dalam Ops Khas JSPTKL

Iklan

KUALA LUMPUR - Lima mat rempit yang berlumba sesama sendiri dengan aksi 'superman' ditahan dalam Operasi Khas

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Dalam Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan dijalankan Unit Risikan dan Operasi JSPTKL itu, dua lagi remaja termasuk seorang perempuan ditahan dibawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tiada lesen dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya, berkata, sebanyak 218 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bermula jam 11 malam kelmarin sehingga jam 4.30 pagi tadi.

Iklan

Menurutnya, operasi pertama, Op Motosikal bermula jam 11 malam dan tamat pada jam 1 pagi dilaksanakan di Jalan Genting Klang dan Jalan Raja Laut diketuai, Deputi Superintendan Shafiee Ishak.

Polis meneriksa penunggang motosikal dalam Ops Khas JSPTKL awal pagi tadi

"Dalam operasi ini sebanyak 218 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran fancy dan mengubahsuai struktur kenderaan (ekzos).

Iklan

"Dua remaja ditahan termasuk seorang lelaki yang merupakan kakitangan kerajaan. Manakala seorang lagi penunggang wanita motosikal didapati tak ada lesen" katanya.

Beliau berkata, operasi kedua dijalankan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) bermula jam 2 pagi hingga jam 4.30 pagi.

Lima remaja lelaki berusia 17 hingga 27 tahun ditahan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 kerana didapati menunggang secara berbahaya.

"Mereka ini menunggang dengan menunjukkan aksi 'superman' dan bersaing sesama sendiri dalam kelajuan tinggi.

"Dua daripadanya didapati tiada lesen. Semua yang ditahan di bawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut ," katanya.