Pertahan ibu, cedera dibelasah bapa saudara

Iklan
Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rahim Md Din)

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki cedera dibelasah bapa saudaranya selepas cuba bertindak menghalang lelaki itu yang mahu menumbuk ibunya, dalam kejadian di Kampung Undang, di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 17 tahun bersama ibunya, 50-an berada di rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek dalam keadaan marah.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek dikatakan mengamuk lalu menghampiri ibu mangsa sambil mengeluarkan kata-kata yang kononnya tidak berpuas hati terhadap wanita itu sebelum cuba bertindak menumbuknya.

"Mangsa yang itu berada berhampiran ibunya terus bertindak menepis tangan suspek dan perbuatannya menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan di antara dua beranak tersebut.

Iklan

"Suspek dikatakan sempat mencekik remaja itu sebelum dileraikan oleh ibunya dengan bantuan isteri suspek yang turut berada di lokasi ketika itu.

"Akibat kejadian, mangsa dikatakan mengalami luka dan terdapat kesan calar di seluruh anggota badannya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Sumber berkata, bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga lain selain bimbang kejadian sama berulang lagi, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 A Akta Keganasan Rumahtangga.2012 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.