Werner bakal gugat Firmino

Iklan
Firmino

USAHA pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool merekrut penyerang berbisa RB Leipzig, Timo Werner bakal mengancam kedudukan bintang The Reds, Roberto Firmino.

Menurut bekas tonggak Manchester City, Danny Mills, jika Werner bersetuju berhijrah ke Anfield, situasi itu sudah pasti memberi kesan terhadap posisi Firmino yang membentuk trio berbisa bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane sejak beberapa musim lalu.

Iklan
Iklan

"Saya boleh katakan posisi Firmino akan terancam kerana Werner cukup memberi impak sebagai penyerang tengah ketika bersama RB Leipzig mahupun FC Stuttgart sebelum ini.

"Jadi tidak mengejutkan apabila status Werner kini menjadi tumpuan kelab-kelab besar Eropah seperti Liverpool untuk mendapatkan khidmatnya,” kata bekas pemain The Citizens berusia 43 tahun itu.

Iklan

Sejak beberapa bulan lalu, skuad The Reds terus konsisten menjadikan Werner yang bernilai £55 juta (RM295 juta) sebagai sasaran utama untuk dibawa ke Anfield.

Malah, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp juga sudah mengadakan perbincangan dengan bintang Jerman berusia 24 tahun itu yang turut dilaporkan berminat menyarung jersi The Reds.

Iklan