Terlajak perahu boleh diundur, terlajak status FB buruk padahnya

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123rf

DALAM dunia teknologi hari ini, kerap kali tangan yang menaip lebih lancar daripada tutur kata yang diungkap oleh lidah.

Keghairahan dalam dunia media sosial menyebabkan kita teruja untuk meletakkan segala-galanya di Face-book, Twitter atau Instagram. Tidak terkecuali di WhatsApp.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan sendiri banyak kali menaip mesej di WhatsApp tetapi kemudiannya menyesali pula apa yang dihantar.

Itu belum kira mesej yang dihantar tersalah ‘tingkap’ grup. Mujur boleh dipadam jika penerimanya belum sempat membaca mesej itu.

Iklan

Hakikatnya dalam dunia alam maya tanpa batasan, acap kali kita larut dalam nikmat kebebasan itu yang boleh menjerumus kita kepada risiko jenayah siber.

Malam kelmarin, sebagai contoh, kecoh di media sosial apabila DAP Perak memuat naik satu karikatur yang didakwa mengaibkan pemimpin Pas di Facebook.

Iklan

Karikatur yang dibuat dengan mesej provokasi itu tidak mengambil masa yang lama untuk dihidu netizen dan media. Namun, beberapa jam selepas mendapat kritikan netizen termasuk pemimpin Pas, karikatur berkenaan kemudian segera dipadamkan.

Namun, dalam dunia teknologi hari ini, memadamkan apa yang telah dimuat naik di media sosial tidaklah semudah memadam catatan tulisan kisah hidup dalam buku diari.

Apabila ia sudah tersebar, sudah pasti ramai yang sudah menyimpan fail itu.

Nasib malang di media sosial turut menimpa Ratu Cantik Malaysia, Sa-mantha Katie kelmarin apabila ulasannya di Instagram yang mengkritik para demonstrasi di Amerika Syarikat dikecam teruk netizen antarabangsa.

Pendek kata, fikir-fikirlah sebelum kita memuat naik sesuatu di media sosial kerana bimbang ia boleh memakan diri sendiri.