Lima pemain Barcelona positif Covid-19

Iklan
Lionel Messi

LIMA pemain serta dua staf kejurulatihan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona diuji positif Covid-19 dalam satu keputusan yang tidak didedahkan kepada umum.

Sebuah stesen radio di Barcelona mendedahkan, keputusan itu dikesan hasil ujian darah pada awal krisis pandemik itu berlaku dan kesemua individu terbabit tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti virus berkenaan.

Iklan
Iklan

Semalam, bintang Barcelona, Lionel Messi yang mendermakan 440,000 pound (RM2.3 juta) bagi meringankan beban penularan wabak di negaranya, Argentina meluahkan kesukaran yang dialami di sebalik penularan Covid-19.

Sambil menyifatkan pandemik itu sebagai ‘sesuatu yang tidak adil’, Messi percaya arena bola sepak tidak akan sama seperti dahulu lagi berikutan penularan Covid-19 yang masih tidak menentu.

Iklan

"Kebanyakan daripada kita semua tentunya masih buntu memikirkan apakah yang akan terjadi terhadap dunia nanti selepas apa yang berlaku ketika ini.

"Kita semua yang telah mengalami situasi ini pasti akan dihantui peristiwa ini. Dalam kisah saya, ia mengenai perasaan sedih dan kecewa buat mereka yang paling menderita akibat kehilangan orang tersayang,” katanya.

Iklan