Nufam gesa Malindo Air bayar 'hutang' gaji pekerja

Iklan

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) menggesa Malindo Air membayar semua tunggakan gaji pekerja kontrak yang dihentikan sebelum mengumumkan Skim Pemisah Sukarela (VSS).

Nufam dalam satu kenyataan berkata, ia demi keadilan buat bekas pekerja yang sudah dihentikan lebih awal meskipun terdapat pekerja yang sepatutnya tamat kontrak pada tahun 2023 tetapi dihentikan atas alasan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Malindo Air harus melangsaikan hutang-hutang pekerja ini sebelum meneruskan VSS.

"Nufam telah menerima banyak aduan daripada pekerja-pekerja ini yang masih belum dibayar gaji sejak bulan Februari tahun ini.

Iklan

"Malindo Air harus bersikap adil dan membayar semua pekerja ini kerana mereka inilah belum menerima gaji sejak dihentikan," menurut kenyataan itu.

Menurut Nufam, pihak jabatan kerja juga digesa agar tidak meluluskan permohonan VSS Malindo Air jika syarikat belum selesaikan hutang gaji pekerja ini.

Iklan

"Lebih kurang 100 lebih pekerja telah terjejas semasa PKP diumumkan dan mereka ini masih menunggu gaji serta elaun tertunggak mereka yang mana syarikat telah janji untuk membayar.

"Malindo Air seharusnya selesaikan bayaran gaji pekerja ini sebelum mengeluarkan memo VSS kepada semua pekerja mereka pada 29 Mei baru-baru ini," katanya.