PUTRAJAYA - Nasib 31,600 bakal jemaah haji negara ini sama ada dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci Makkah akan diketahui minggu hadapan susulan wabak Covid-19 yang melanda dunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya berkata, mesyuarat berkenaan diadakan bersama Tabung Haji baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Hasil mesyuarat itu akan dibentangkan di Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Menurutnya, keputusan perbincangan itu akan diumumkan minggu hadapan.
Pada Januari lalu, Tabung Haji yang merupakan syarikat pengendali haji terbesar di negara ini telah menghantar surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1441H.
Pada 20 Mei lalu, Malaysia dilapor akan menunggu pengumuman kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu, sama ada umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji tahun ini atau sebaliknya.
[ARTIKEL BERKAITAN] - Indonesia batal hantar jemaah haji
Semalam, Indonesia memutuskan tidak menghantar bakal jemaah haji tahun ini berikutan wabak Covid-19 belum berakhir.