Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

Iklan
BNM

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM35.45 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.68 bilion dalam dana Islam.

Iklan
Iklan

Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang lelongan matang pelbagai RM5 bilion untuk dua hari hingga 30 hari, tender Qard lelongan matang pelbagai Islam RM7 bilion untuk tujuh hari hingga 30 hari, dan tender repo berbalik RM1 bilion untuk 92 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.5 bilion dan tender semalaman Murabahah RM24.7 bilion. - Bernama

Iklan
Iklan